Dimulakan dengan entry yang mudah dulu ya kawan kawan. Maklumlah, baru nak warming up balik dunia blogging ni. Tuan tanah & rakan baik dah menjejakkan kaki ke bumi Seoul & Jeju pada 6hb Mac hingga 14hb Mac yang lalu. Ni review tentang guesthouse sepanjang kami berada di Seoul.
Terletak lebih kurang 250m dengan Hyehwa Station, Line #4 & Exit #4. Dan juga terletak lebih kurang 100m dari Airport bus stop nama Sung Kyun Kwan University (Bus No. 6011). Kami duduk dibilik no 203. 2 single bed dan terletak ditingkat 1dibangunan sebelah daripada main building (receptionist) Bear in mind, namapun guesthouse. Takla besar mana. Tapi memadailah untuk kami tidur selama 7 malam. Oh ya, satu malam harga bilik double/2 single bed ialah KRW60,000. Mahal? Lagi mahal kalau duduk hotel disini ya. Mak tak mampu nok. Mak rakyat marhaen ja :B So mari checking check it out!
Ni pintu bilik kami. Nampak tak 2 luggage kami? Kalau perasan belakang beg hitam itu ada la almari kecik untuk letak kasut ke, letak barang barang sikit. Motif kenapa beg kat situ? Jom tengok gambar bawah.
Tadaaa! terus jumpa washing machine uols. Atas washing machine ada dapur 2 tungku. Hebat? Hehe. Sebelah dapur tu ada singki lengkap dengan tray untuk letak pinggan mangkuk cawan yang basah. Nampak beg galas dan plastik tu? Kenapa kat situ? Sila refer dibawah juga :)
haa dah terus jumpa katil wey! hahaha. comel kan bilik kami? Tapi cukup la space kalau nak makan bersila untuk dua orang. Muatla untuk solat. Tak perlu sampai solat atas katil.
So ni belah kiri punya side. Kat kaki katil belah kiri ada la tv. Kalau korang nak tau, asal duduk bilik je kami suka bukak channel SBS funE. Sokmo pasang runningman yang lama lama. Even takda subtitle. Tapi macam dah paham dah apa depa cakap. Ok berbalik kepada cerita guesthouse. Macam korang nampakla, belakang tv tu ada peti ais. Bagus kan?
Ingat tak beg ni? hahaha ye, sebelah peti ais ada satu cermin & meja solek. Dan pintu itu adalah pintu toilet bilik ni. Microwave pun ada dalam bilik ni. So hebat kan? Dengan KRW60,000 semalam anda dapat semua sekali. Korang boleh pinjam sudu garfu, pisau, pinggan, mangkuk, senduk dari owner guesthouse ni. Tu pun kalau korang yakin lah. Bilik air takla kecik sangat sampai kena masuk menyenget ke mengiring ke. Toilet dia takde paip. Tapi ada singki & shower hose yang panjang. Ha faham faham je la ye.
Kebaikan
- 250m dari Hyehwa Station exit #4. (kalau tanak naik tangga, amik exit #1 boleh naik escalator. tapi kena melintas jalan) 250m tu tak terasa langsung sebab banyak kedai kedai cosmetics, kedai kasut, kedai baju yang macam anda boleh jumpa kat Myeondong area. Sungguh asyik
- Dekat dengan convenient shop CU apatah nama. Mudah nak beli nasi dan jajan.
- Awak dapat washing machine, dapur, singki, peti ais, tv, microwave, hair dryer dalam bilik awak.
- Towel upon request. Sila request for bath towel. Kalau tak, diorang beri face towel je uols. Lap rambut je towel tu dah basah kuyup hihi
- Tiada bukit langsung. Percayala. The main reason kenapa tuan tanah dan kawan pilih tempat ni sebab ni la. Memang takde experience bukit langsung. Hebatkan? Takla lomah lutut.
- Suasana happening. Oleh kerana dekat dengan beberapa university, so sini ramai muda mudi lalu dan melepak. Jadi memang rasa selamat sangat.
- Ada cafe benne, toms toms coffee, starbucks, mcdonalds, crazy tteokbokki, daiso, dunkin donuts, new balance, face shop, tony moly, nature republic, baskin robbins dan banyak lagi la. Percayalah, its happening.
- Setiap ahad ada filipino market. So dapatla tengok orang orang yang warna kulit lebih kurang kita, hahaha over!
- WIFI dia memang tiptop! tak tipu bakhangggg.
- Owner dan anak anak memang friendly. Apa saja soalan kemusykilan, dia boleh bantu untuk cuba menyelesaikan masalah tu.
Yang So-So
- Reception bukak dari jam 10am - 11pm. Unless korang tau password pintu, korang memang takkan boleh masuk main building.
- Takdak loceng. So kalau receptionist takdak, memang takdakla respon dari dorang selepas jam 11pm. haha ini lawak sebab kitorang check in after 11pm. Nasib ada sorang lelaki jepun baik hati tekankan password. Rupanya receptionist tengah makan kat dapur.
- Ada washing machine kan? Dryer ada disediakan di main building. Tapi kena bayar KRW2,000 untuk sekali guna. Tak bestnya, korang kena make time la antara jam 10am - 11pm untuk pergi keringkan baju dalam 1 jam setengah. Kami pergi jalan-jalan sementara tunggu baju kering.
- Bila waktu check out macam kami, 7.30am taxi dah datang. Kunci ke, utensils ke semua tinggalkan je dalam bilik. Sebab receptionist tak bukak lagi! hahaha
- Takdak lift. Ada 3 tingkat rasanya.
So kepada yang tak fancy sangat dengan bilik kecik, dan dikawasan yang tak berapa top, silalah ke sini. Macam kami dulu memang dah request dalam email nak tingkat 1 sahaja. (dasar malas naik tangga). Ni info pasal mereka.
FB: https://www.facebook.com/goldenpondhostel
Website: http://www.goldenpond.co.kr/
Person In Charge: Mi-Jung Song
UPDATED AS AT JANUARY 2016
Diorang dah pindah ke kawasan sekitar tu juga. Dan dah takde different building. Semua under one roof. 2 tingkat. Ensuite toilet. Takde TV dalam bilik. Share kitchen. Pilih bilik 102 untuk easy access. Kitorang duduk bilik 102 untuk trip January 2016. Bayar untuk 2 orang tapi diberi bilik yang ada 2 katil double decker.